WORLD INVASION:BATTLE LOS ANGELES [ aku men gem die : ) ]


World Invasion:Battle Los Angeles merupakan kisah penaklukan alien2 (unknown forces) yang cuba menakluk bumi selepas beberapa tahun kes penemuan UFO ini di seluruh dunia-Buenos Aires, Seoul, Jerman, & China. Semua negara habis dah ditakluk oleh alien2 ni hanya tinggal LA je yang tak ditakluk lagi yang segalanya bergantung kepada Sarjen Marin (Aaron Eckhart) dan platunnya untuk menyelamatkan bumi.

Tukang Arah: Jonathan Liebesman
Tukang Berlakon: Aaron Eckhart, Bridget Moynahan, Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Micheal Pena,


Aku x tgk pon cerita ni. Tapi aku dah men gem die..memang bes..p terkawal la promo je kn. Sume da 5 stage..setiap stage akan diberikan weapon baru untuk menentang alien2 jht yang pernah bunuh aku pon (bnyak kali). Setiap stage aliens yang datang makin bnyk n makin pnjg plak nyawanye, kne pndi gne weapon yg ssuai untuk mgalahkan aliens2 dan kapal2nye sume. Points buleyh post kt fb kot2 nk blagak kt kwn2 len..{Visual: 3, Difficulty: 4 sbb men nk lwn online gamers lain, Streaming: 3 suke sangkut2 skit]

So, for all gamers..enjoy dis..

The Mechanic



kenapa header aku masih kosong???


Kenapa header aku masih kosong???

Header aku masih kosong kerana aku sedang dan masih lagi mencari gambar sunset yang aku sendiri tangkap tok letak kat situ..tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi snap gambar macam tu..sabo je la..hehehe..
Tunggu masa je la aku nak letak pic yang aku nak ada kat situ hahahaha (sampai bila pon x tw)..

So, smlm aku pergi beriadah dengan meluangkan masa yang emas ni dengan member aku sume g mandi-manda di Jeram Linang..
Wah memang mandi btol la aku kt sana..pagi ni bangun dh skt2 bdn dh..pdn mke!nk berenang tp warm up pon idak..Dengan kehadiran aku di sana dapat la aku merelasekn ketensionan aku ni dari wat assignment yang berlamabak ni..haha..

Ni antara pic2 yang aku sempat ambil smlm..p kt tmpt mndi x da la..sbb syok sgt nk mnd x igt dh nk ambil gmbr..








klik pada gambar tok lihat dgn high resolution..
 
p/s: tpakse smbng blik keje..

agak busy..hasilnya setelah pemergianku dalam dunia busy........


Bukan busy body tapi BUSY dengan ASSIGNMENT yang dah nak sampai "expired date" die dah..wawawawa boleh mati aku nak siapkan semuanya. Nasib baik baru dapat 3 je..yang nak kena hantar sebelum cuti ni 1..lagi 2 hantar masa PRAKTIKUM nanti..tak senang betul hidup. Itulah hidupnya jadi cikgu hahahaha x pernah nak habis kerja ni kalau kita fikir. Tapi tak pe la kan dibayar ELAUN untuk belajar kat sini orang lain kena bayar balik syukur sikit la di situ..Serabut betul nak buat assignment ni. Macam-macam kena fikir tok HASILKAN assignment yang baik dan sesuai dengan tajuk yang diberikan. Bilik aku ni pon dah macam SARANG TIKUS sebab dah lama tak dijaga and dibelai dengan penuh manjanya haha.."Bilik, maafkan aku nanti aku kemaskan ko balik pas kerja aku dah siap ye".

Dengan adanya GAJET baru aku ni iaitu ADIK D3100 banyak pulak orang panggil suruh shot untuk dieorg..Alhamdullilah, maknanya hasil kerja aku ni ada la orang nak pakai and boleh diterima oleh mereka walaupun aku tak sampai SEBULAN belajar PHOTOGRAPH ni..belajar pon dari Youtube je and dari kawan-kawan yang sudi mengajar aku dalam bidang ini..TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!! termasuk BLOGGER-BLOGGER yang sudi comment and beri sokongan yang membina..jasamu tetap ku kenang hehe..

Ni antara GAMBAR yang aku pilih secara rawak untuk paparan MATE-MATE sekalian. Hanya yang TERBAIK DARI LADANG je yang aku bagi untuk tatapan korang. Gambar-gambar ni sume yang aku sempat snap sepanjang pemergian aku dalam bidang yang lebih busy dengan kertas, PENSEL, buku dan KEYBOARD yang sepanjang hari dok mengadap. 








Ter-ter-terima kasih pada semua model-model yang telah bersama menjaya photoshoot ini..(bukan gagap tapi berbanyak terima kasih tu)

Till then, sayonara ^^,

p/s: pointer aku sem lepas 3.53..syukur-syukur..

Spagetti..sedapnya ko...



Bilakah aku dapat makan ko lagi?
Dah lama tak makan spagetti..nak buat bajet ciput..huhu..kena pose lu 7 hari baru boleh beli bahan spagetti..muahahahahahaha

apa itu S.E.N.I.?


Seni atau art dalam bahasa Inggeris merupakan satu bakat dan anugerah yang diberikan oleh Tuhan pada individu tertentu yang dikehendaki-Nya tanpa mengira kulit, bangsa dan agama. Seni juga merupakan sesuatu topik yang subjektif untuk diperkatakan kerana bidangnya yang luas. Ia merupakan satu pelahiran idea, kreativiti, rasa, perasaan terhadap sesuatu dan disalurkan pada sesuatu yang betul dan tepat. Contohnya, korang suka menulis so korang akan salurkan pada ruangan tulisan iaitu dengan menulis, mengarang ataupun menaip blog ni..

Ni antara idea yang menghasilkan sesuatu yang bermanfaat:
> suka menulis = penulis/editor
> suka melukis & mewarna = pelukis/kartunis
> suka bercakap = DJ/VJ/MC
> suka memasak = chef
> suka menyanyi & berlakon = penyanyi & pelakon
> suka berlawan = guru/sifu
> suka bersenam/bersukan = coach/atlet

Ni plak idea yang menghasilkan sesuatu keburukan di bumi ini (jangan tiru aksi ini!):
> suka menulis = menulis isu yang sensitif atau yang tidak berfaedah
> suka melukis & mewarna = menconteng tandas, membuat grafiti tak tentu pasal, lukis kat kereta orang
> suka bercakap = mami jarum, penabur fitnah, perosak rumah tangga orang
> suka memasak = orang dapat penyakit macam-macam bila terlebih manis & masin diabetis & darah tinggi)
> suka menyanyi & berlakon =kaki tipu, kaki perempuan, memekak malam-malam
> suka berlawan =samseng, ah long, mafia
> suka bersenam/bersukan =pengambilan steroid atau amfetamin

p/s: guna la idea atau bakat seni yang diberikan ke jalan yang mulia dan berguna kepada diri dan masyarakat.

KL Part 2..(Ampang Look-Point)


As i promise..ni 2nd part mase aku pergi KL ri 2. Aku telah berkesempatan untuk pergi ke Ampang Look-Point kt Bukit Belacan yang akan nampak view the whole KL area dari atas bukit tu. Nak pergi malam-malam la best nampak lampu-lampu. Ni antara gambar2 yang sempat aku amek (soe x leh zoom jauh sangat lens biasa jew) : p
KL Landscape

Ampang Look Point


Sunrise..

KL Part 1..(I-City)


Ni la yang sempat aku shoot mase pergi KL ari tu..dari I-City ke Ampang Look-Point..memang terbaik tempat ni untuk aku shoot-shoot gambar yang menarik. Bukan senang aku nak turun KL sangat, jauh pastu busy plak dengan homework/assignment/presentation + proposal yang aku kena buat lagi. Life aku sekarang memang havoc gila, belum lagi kerja..dah kerja tak tahu la macam mana..

Aku ni dah la ada gastrik, kadang-kadang 2 3 ari boleh lupa nak makan sebab busy sangat dengan kerja-kerja aku yang bertimbun. So, masa cuti ni la aku telah mengambil keputusan untuk release tension dari sume kerja-kerja aku and pergi enjoy puas2! HaHaHaHa (gelak jahat).

Atas keperihatinan Cik 3F@unspoken yang ingin aku upload gambar. So, aku telah meletakkan gambar yang aku sempat ambil masa kt KL ri 2. Aku budak baru belajar soe la kalau gambar2 aku ni x menarik sangat..mana salah buleh la tunjukkan ye..sume gambar x edit. Untuk Part 1 ni aku masukkan dulu gambar aku pergi I-City ye..










(Klik pada gambar untuk tengok dengan mata yang wide-angle hehe)

comment tentang pic yang aku amek ni amat la digalakkan oleh blogger sume..terima kasih..stay tuned untuk KL Part 2..(Ampang Look-Point)

Till then, sayonara :)

Ang Pow & Arnab


nak gak ang paw 1..sape nak bagi??

Gong Xi Fa Chai pada sume Chinese di Malaysia dan di seluruh dunia yang menyambutnya. Aku juga merasakan kemeriahan yang dirai oleh mereka pada malam ini dengan bunyi mercun dan bunga api yang pong pang pong pang dari tadi.

Berkenaan dengan ang pow ni aku ada la pernah dapat ang paw ni..sedap gak beraya cina ni..duit dapat cuti dapat makan pon dapat hehehe :)
Sama je dengan duit raya bagi orang Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri cuma bezanya kaler sampulnya je kaler merah yang dikatakan dapat membawa "ong" (keuntungan atau tuah) dalam kehidupan mereka.

Tahun ni plak dalam zodiak Cina ialah arnab (Tù) yang merupakan haiwan yang keempat dalam kitaran 12 zodiak haiwan Cina.

Bagi individu yang lahir pada tahun arnab ini dikatakan mempunyai sifat positif iaitu: 
> peka  
> bijaksana  
> berkelakuan baik  
> senang menerima tetamu  
> sopan  
> diplomatik dan berjiwa seni.


Sifat negatif pula ialah: 
> tidak tegas  
> suka berahsia  
> mudah tersinggung  
> kompleks  
> suka menyendiri dan mengumpat  
> hipokrit  
> pengecut  
> mudah terpedaya
    Semoga Tahun Baru Cina kali ini mendatangkan segala kebaikan pada semua especially pada sume kawan-kawan Cina aku..

    p/s:harap kawan-kawan aku bawak la buah tangan nanti dari kampung..(limau pon jadi la)

    ISU INTERLOK


    Assalamualaikum dan selamat tengah hari..hari ni aku teringat pasal isu tentang novel Interlok baru-baru ni yang menjadi kontroversi hangat yang memaparkan tema integrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama-sama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat. So, aku pon buat la kajian sedikit-sebanyak untuk mengetahui lagi mengenai apa yang terjadi dan punca-puncanya yang sebelum ni aku tahu skit je dari berita dan akhbar.

    Abdullah Hussain
    Sebelum ni novel Interlok telah pernah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1967. Abdullah Hussain, Sasterawan Negara yang kelapan merupakan penulis bagi novel Interlok dan juga pengarang dan penterjemah yang banyak menghasilkan karya dalam bidang kesusasteraan. Interlok ni  merupakan sebuah buku teks sastera yang baharu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mata pelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) tingkatan 5 yang telah disamakan penggunaanya bagi seluruh Malaysia (dulu ikut bahagian negeri).

    16 Diesember 2010- [Novel Interlok ditarik balik] Ini adalah disebabkan ada dakwaan mengenai kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. interlok didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan "paria" serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Rentetan daripada isu ini telah mengakibatkan orang awam membuat tindakan untuk membakar Interlok di hadapan Kementerian Pelajaran.

    azlan
    novel Interlok
    Setelah diadakan mesyuarat/persidangan yang dihadiri oleh pihak yang terbabit dari pelbagai kaum mengenai isu Interlok ini, sebahagian masyarakat India telah mengatakan perkataan "paria" pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan pelajar sekolah dan memberi pandangan negatif terhadap masyarakat India dan didakwa menjatuhkan maruah mereka.

    Manakala bagi pihak kumpulan budayawan pula berpendapat bahawa menarik balik Interlok daripada menjadi buku teks sekolah merupakan penghinaan terhadap Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menghina karya seni dan menjatuhkan maruah budayawan. 

    Aku berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman dan matang kerana Malaysia merupakan negara yang harmoni dan kita patut kekalkan kemakmuran negara ini bertolak ansur dan memahami serta menghormati budaya dan amalan sesuatu kaum di Malaysia ini tanpa prejudis "Buang yang keruh, ambillah yang jernih".

    p/s: nak cuba baca suatu hari nanti (tak pernah baca novel pon sebelum ni)


    Paranormal Activity 2


    Cerita hantu yang menyeramkan..p x tgk pon lg..

     

    Mean Girls 2 download


    Mean Girls 2
    kali ni lindsay lohan dh x da dh..tgk lah kali ni nk jd ape plak..




    Sila join guna hjsplit

    mini cooper


    kali ni aku nk cite psal kereta y mnjadi impian aku selama ni..dan aku hrap aku boleh dptknnya sbelum umur aku 25 (ye ke tah dpt)..hrgenye stlh aku buat survey RM183k (tlan air liur pas dgr)..tp dimana ada kmahuan disitu ada jlnkn..so pgang je la peribahsa 2..

    pe y aku ske psal kete ni kn sbb die cute sgt..kcik2 gitu..bleh la aku nk bwk..x mampu nk bwk kete bsar2 ni..body pon mantap..lagi2 kaler grey..memang aku btambah ske la kaler2 eksklusif..rim aloy, lmpu bulat mg retro la..

    Mini Cooper S
    Mini Cooper Classic

    ni mini lama..x dpt y ats 2 y bwh ni pon jd la..so dr sekarang aku nk kena smpn duit dh utk dptkn kereta y dh lama aku idamkan ni..