apa itu S.E.N.I.?


Seni atau art dalam bahasa Inggeris merupakan satu bakat dan anugerah yang diberikan oleh Tuhan pada individu tertentu yang dikehendaki-Nya tanpa mengira kulit, bangsa dan agama. Seni juga merupakan sesuatu topik yang subjektif untuk diperkatakan kerana bidangnya yang luas. Ia merupakan satu pelahiran idea, kreativiti, rasa, perasaan terhadap sesuatu dan disalurkan pada sesuatu yang betul dan tepat. Contohnya, korang suka menulis so korang akan salurkan pada ruangan tulisan iaitu dengan menulis, mengarang ataupun menaip blog ni..

Ni antara idea yang menghasilkan sesuatu yang bermanfaat:
> suka menulis = penulis/editor
> suka melukis & mewarna = pelukis/kartunis
> suka bercakap = DJ/VJ/MC
> suka memasak = chef
> suka menyanyi & berlakon = penyanyi & pelakon
> suka berlawan = guru/sifu
> suka bersenam/bersukan = coach/atlet

Ni plak idea yang menghasilkan sesuatu keburukan di bumi ini (jangan tiru aksi ini!):
> suka menulis = menulis isu yang sensitif atau yang tidak berfaedah
> suka melukis & mewarna = menconteng tandas, membuat grafiti tak tentu pasal, lukis kat kereta orang
> suka bercakap = mami jarum, penabur fitnah, perosak rumah tangga orang
> suka memasak = orang dapat penyakit macam-macam bila terlebih manis & masin diabetis & darah tinggi)
> suka menyanyi & berlakon =kaki tipu, kaki perempuan, memekak malam-malam
> suka berlawan =samseng, ah long, mafia
> suka bersenam/bersukan =pengambilan steroid atau amfetamin

p/s: guna la idea atau bakat seni yang diberikan ke jalan yang mulia dan berguna kepada diri dan masyarakat.

0 Response to apa itu S.E.N.I.?

Post a Comment