WORLD INVASION:BATTLE LOS ANGELES [ aku men gem die : ) ]


World Invasion:Battle Los Angeles merupakan kisah penaklukan alien2 (unknown forces) yang cuba menakluk bumi selepas beberapa tahun kes penemuan UFO ini di seluruh dunia-Buenos Aires, Seoul, Jerman, & China. Semua negara habis dah ditakluk oleh alien2 ni hanya tinggal LA je yang tak ditakluk lagi yang segalanya bergantung kepada Sarjen Marin (Aaron Eckhart) dan platunnya untuk menyelamatkan bumi.

Tukang Arah: Jonathan Liebesman
Tukang Berlakon: Aaron Eckhart, Bridget Moynahan, Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez, Micheal Pena,


Aku x tgk pon cerita ni. Tapi aku dah men gem die..memang bes..p terkawal la promo je kn. Sume da 5 stage..setiap stage akan diberikan weapon baru untuk menentang alien2 jht yang pernah bunuh aku pon (bnyak kali). Setiap stage aliens yang datang makin bnyk n makin pnjg plak nyawanye, kne pndi gne weapon yg ssuai untuk mgalahkan aliens2 dan kapal2nye sume. Points buleyh post kt fb kot2 nk blagak kt kwn2 len..{Visual: 3, Difficulty: 4 sbb men nk lwn online gamers lain, Streaming: 3 suke sangkut2 skit]

So, for all gamers..enjoy dis..

The Mechanic



kenapa header aku masih kosong???


Kenapa header aku masih kosong???

Header aku masih kosong kerana aku sedang dan masih lagi mencari gambar sunset yang aku sendiri tangkap tok letak kat situ..tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi snap gambar macam tu..sabo je la..hehehe..
Tunggu masa je la aku nak letak pic yang aku nak ada kat situ hahahaha (sampai bila pon x tw)..

So, smlm aku pergi beriadah dengan meluangkan masa yang emas ni dengan member aku sume g mandi-manda di Jeram Linang..
Wah memang mandi btol la aku kt sana..pagi ni bangun dh skt2 bdn dh..pdn mke!nk berenang tp warm up pon idak..Dengan kehadiran aku di sana dapat la aku merelasekn ketensionan aku ni dari wat assignment yang berlamabak ni..haha..

Ni antara pic2 yang aku sempat ambil smlm..p kt tmpt mndi x da la..sbb syok sgt nk mnd x igt dh nk ambil gmbr..








klik pada gambar tok lihat dgn high resolution..
 
p/s: tpakse smbng blik keje..

agak busy..hasilnya setelah pemergianku dalam dunia busy........


Bukan busy body tapi BUSY dengan ASSIGNMENT yang dah nak sampai "expired date" die dah..wawawawa boleh mati aku nak siapkan semuanya. Nasib baik baru dapat 3 je..yang nak kena hantar sebelum cuti ni 1..lagi 2 hantar masa PRAKTIKUM nanti..tak senang betul hidup. Itulah hidupnya jadi cikgu hahahaha x pernah nak habis kerja ni kalau kita fikir. Tapi tak pe la kan dibayar ELAUN untuk belajar kat sini orang lain kena bayar balik syukur sikit la di situ..Serabut betul nak buat assignment ni. Macam-macam kena fikir tok HASILKAN assignment yang baik dan sesuai dengan tajuk yang diberikan. Bilik aku ni pon dah macam SARANG TIKUS sebab dah lama tak dijaga and dibelai dengan penuh manjanya haha.."Bilik, maafkan aku nanti aku kemaskan ko balik pas kerja aku dah siap ye".

Dengan adanya GAJET baru aku ni iaitu ADIK D3100 banyak pulak orang panggil suruh shot untuk dieorg..Alhamdullilah, maknanya hasil kerja aku ni ada la orang nak pakai and boleh diterima oleh mereka walaupun aku tak sampai SEBULAN belajar PHOTOGRAPH ni..belajar pon dari Youtube je and dari kawan-kawan yang sudi mengajar aku dalam bidang ini..TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!! termasuk BLOGGER-BLOGGER yang sudi comment and beri sokongan yang membina..jasamu tetap ku kenang hehe..

Ni antara GAMBAR yang aku pilih secara rawak untuk paparan MATE-MATE sekalian. Hanya yang TERBAIK DARI LADANG je yang aku bagi untuk tatapan korang. Gambar-gambar ni sume yang aku sempat snap sepanjang pemergian aku dalam bidang yang lebih busy dengan kertas, PENSEL, buku dan KEYBOARD yang sepanjang hari dok mengadap. 








Ter-ter-terima kasih pada semua model-model yang telah bersama menjaya photoshoot ini..(bukan gagap tapi berbanyak terima kasih tu)

Till then, sayonara ^^,

p/s: pointer aku sem lepas 3.53..syukur-syukur..

Spagetti..sedapnya ko...



Bilakah aku dapat makan ko lagi?
Dah lama tak makan spagetti..nak buat bajet ciput..huhu..kena pose lu 7 hari baru boleh beli bahan spagetti..muahahahahahaha

apa itu S.E.N.I.?


Seni atau art dalam bahasa Inggeris merupakan satu bakat dan anugerah yang diberikan oleh Tuhan pada individu tertentu yang dikehendaki-Nya tanpa mengira kulit, bangsa dan agama. Seni juga merupakan sesuatu topik yang subjektif untuk diperkatakan kerana bidangnya yang luas. Ia merupakan satu pelahiran idea, kreativiti, rasa, perasaan terhadap sesuatu dan disalurkan pada sesuatu yang betul dan tepat. Contohnya, korang suka menulis so korang akan salurkan pada ruangan tulisan iaitu dengan menulis, mengarang ataupun menaip blog ni..

Ni antara idea yang menghasilkan sesuatu yang bermanfaat:
> suka menulis = penulis/editor
> suka melukis & mewarna = pelukis/kartunis
> suka bercakap = DJ/VJ/MC
> suka memasak = chef
> suka menyanyi & berlakon = penyanyi & pelakon
> suka berlawan = guru/sifu
> suka bersenam/bersukan = coach/atlet

Ni plak idea yang menghasilkan sesuatu keburukan di bumi ini (jangan tiru aksi ini!):
> suka menulis = menulis isu yang sensitif atau yang tidak berfaedah
> suka melukis & mewarna = menconteng tandas, membuat grafiti tak tentu pasal, lukis kat kereta orang
> suka bercakap = mami jarum, penabur fitnah, perosak rumah tangga orang
> suka memasak = orang dapat penyakit macam-macam bila terlebih manis & masin diabetis & darah tinggi)
> suka menyanyi & berlakon =kaki tipu, kaki perempuan, memekak malam-malam
> suka berlawan =samseng, ah long, mafia
> suka bersenam/bersukan =pengambilan steroid atau amfetamin

p/s: guna la idea atau bakat seni yang diberikan ke jalan yang mulia dan berguna kepada diri dan masyarakat.

KL Part 2..(Ampang Look-Point)


As i promise..ni 2nd part mase aku pergi KL ri 2. Aku telah berkesempatan untuk pergi ke Ampang Look-Point kt Bukit Belacan yang akan nampak view the whole KL area dari atas bukit tu. Nak pergi malam-malam la best nampak lampu-lampu. Ni antara gambar2 yang sempat aku amek (soe x leh zoom jauh sangat lens biasa jew) : p
KL Landscape

Ampang Look Point


Sunrise..