agak busy..hasilnya setelah pemergianku dalam dunia busy........


Bukan busy body tapi BUSY dengan ASSIGNMENT yang dah nak sampai "expired date" die dah..wawawawa boleh mati aku nak siapkan semuanya. Nasib baik baru dapat 3 je..yang nak kena hantar sebelum cuti ni 1..lagi 2 hantar masa PRAKTIKUM nanti..tak senang betul hidup. Itulah hidupnya jadi cikgu hahahaha x pernah nak habis kerja ni kalau kita fikir. Tapi tak pe la kan dibayar ELAUN untuk belajar kat sini orang lain kena bayar balik syukur sikit la di situ..Serabut betul nak buat assignment ni. Macam-macam kena fikir tok HASILKAN assignment yang baik dan sesuai dengan tajuk yang diberikan. Bilik aku ni pon dah macam SARANG TIKUS sebab dah lama tak dijaga and dibelai dengan penuh manjanya haha.."Bilik, maafkan aku nanti aku kemaskan ko balik pas kerja aku dah siap ye".

Dengan adanya GAJET baru aku ni iaitu ADIK D3100 banyak pulak orang panggil suruh shot untuk dieorg..Alhamdullilah, maknanya hasil kerja aku ni ada la orang nak pakai and boleh diterima oleh mereka walaupun aku tak sampai SEBULAN belajar PHOTOGRAPH ni..belajar pon dari Youtube je and dari kawan-kawan yang sudi mengajar aku dalam bidang ini..TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!!! termasuk BLOGGER-BLOGGER yang sudi comment and beri sokongan yang membina..jasamu tetap ku kenang hehe..

Ni antara GAMBAR yang aku pilih secara rawak untuk paparan MATE-MATE sekalian. Hanya yang TERBAIK DARI LADANG je yang aku bagi untuk tatapan korang. Gambar-gambar ni sume yang aku sempat snap sepanjang pemergian aku dalam bidang yang lebih busy dengan kertas, PENSEL, buku dan KEYBOARD yang sepanjang hari dok mengadap. 








Ter-ter-terima kasih pada semua model-model yang telah bersama menjaya photoshoot ini..(bukan gagap tapi berbanyak terima kasih tu)

Till then, sayonara ^^,

p/s: pointer aku sem lepas 3.53..syukur-syukur..

0 Response to agak busy..hasilnya setelah pemergianku dalam dunia busy........

Post a Comment