Ang Pow & Arnab


nak gak ang paw 1..sape nak bagi??

Gong Xi Fa Chai pada sume Chinese di Malaysia dan di seluruh dunia yang menyambutnya. Aku juga merasakan kemeriahan yang dirai oleh mereka pada malam ini dengan bunyi mercun dan bunga api yang pong pang pong pang dari tadi.

Berkenaan dengan ang pow ni aku ada la pernah dapat ang paw ni..sedap gak beraya cina ni..duit dapat cuti dapat makan pon dapat hehehe :)
Sama je dengan duit raya bagi orang Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri cuma bezanya kaler sampulnya je kaler merah yang dikatakan dapat membawa "ong" (keuntungan atau tuah) dalam kehidupan mereka.

Tahun ni plak dalam zodiak Cina ialah arnab (Tù) yang merupakan haiwan yang keempat dalam kitaran 12 zodiak haiwan Cina.

Bagi individu yang lahir pada tahun arnab ini dikatakan mempunyai sifat positif iaitu: 
> peka  
> bijaksana  
> berkelakuan baik  
> senang menerima tetamu  
> sopan  
> diplomatik dan berjiwa seni.


Sifat negatif pula ialah: 
> tidak tegas  
> suka berahsia  
> mudah tersinggung  
> kompleks  
> suka menyendiri dan mengumpat  
> hipokrit  
> pengecut  
> mudah terpedaya
    Semoga Tahun Baru Cina kali ini mendatangkan segala kebaikan pada semua especially pada sume kawan-kawan Cina aku..

    p/s:harap kawan-kawan aku bawak la buah tangan nanti dari kampung..(limau pon jadi la)

    0 Response to Ang Pow & Arnab

    Post a Comment