ISU INTERLOK


Assalamualaikum dan selamat tengah hari..hari ni aku teringat pasal isu tentang novel Interlok baru-baru ni yang menjadi kontroversi hangat yang memaparkan tema integrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama-sama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat. So, aku pon buat la kajian sedikit-sebanyak untuk mengetahui lagi mengenai apa yang terjadi dan punca-puncanya yang sebelum ni aku tahu skit je dari berita dan akhbar.

Abdullah Hussain
Sebelum ni novel Interlok telah pernah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1967. Abdullah Hussain, Sasterawan Negara yang kelapan merupakan penulis bagi novel Interlok dan juga pengarang dan penterjemah yang banyak menghasilkan karya dalam bidang kesusasteraan. Interlok ni  merupakan sebuah buku teks sastera yang baharu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mata pelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) tingkatan 5 yang telah disamakan penggunaanya bagi seluruh Malaysia (dulu ikut bahagian negeri).

16 Diesember 2010- [Novel Interlok ditarik balik] Ini adalah disebabkan ada dakwaan mengenai kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. interlok didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan "paria" serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Rentetan daripada isu ini telah mengakibatkan orang awam membuat tindakan untuk membakar Interlok di hadapan Kementerian Pelajaran.

azlan
novel Interlok
Setelah diadakan mesyuarat/persidangan yang dihadiri oleh pihak yang terbabit dari pelbagai kaum mengenai isu Interlok ini, sebahagian masyarakat India telah mengatakan perkataan "paria" pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan pelajar sekolah dan memberi pandangan negatif terhadap masyarakat India dan didakwa menjatuhkan maruah mereka.

Manakala bagi pihak kumpulan budayawan pula berpendapat bahawa menarik balik Interlok daripada menjadi buku teks sekolah merupakan penghinaan terhadap Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menghina karya seni dan menjatuhkan maruah budayawan. 

Aku berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman dan matang kerana Malaysia merupakan negara yang harmoni dan kita patut kekalkan kemakmuran negara ini bertolak ansur dan memahami serta menghormati budaya dan amalan sesuatu kaum di Malaysia ini tanpa prejudis "Buang yang keruh, ambillah yang jernih".

p/s: nak cuba baca suatu hari nanti (tak pernah baca novel pon sebelum ni)


0 Response to ISU INTERLOK

Post a Comment